AD

Thursday, October 24, 2013

Dapur

     Dapur merupakan tempat yang paling utama di dalam rumah.  Sekiranya dapur kita lengkap maka keluarga pun akan gembira.  Semasa membina rumah ini memang saya dan suami dah terfikir untuk membina 2 jenis dapur.  Satu dapur kering dan satu lagi dapur basah.  Semasa saya menyewa rumah kami yang lama dulu kami hanya ada 1 buah dapur sahaja.  Alhamdullilah kali ini kami dapat menikmati dua dapur yang berbeza.  Dapur kering lebih besar dari dapur basah.  Tujuan dibuat besar kerana di dapur kering inilah kami dapat menyimpan pelbagai jenis cawan serta pinggan mangkuk.  Percaya atau tidak ada di antara pinggan , cawan dan macam2 lagi barang yang kami simpan tu telah berada bersama kami dari awal perkahwinan lagi.  Ada tu kami tak guna langsung.  Ini bererti kami telah menyimpan barang2 tersebut selama 23 tahun.  Begitu banyak sekali kenangan lama yang berada bersama2 dengan kami.  Ada juga koleksi pinggan yang saya beli semasa saya masih menjadi seorang penuntut di luar negara.  Ini bererti barang2 ini telah berada bersama dengan kami lebih dari 23 tahun.  Dengan terbinanya dapur kering ini kami dapat menggunakan pinggan mangkuk dan set2 teko dan cawan  sejak zaman baru kahwin dulu bersama-sama anak kami.  Anak2 kami pun hairan apabila melihat set2 pinggan yang banyak ni.   Mereka bertanya macam mana kami boleh menyimpan semua ini?  Cerita ini akan bersambung...

Tuesday, October 22, 2013

Driveway baru ...

    Setelah menambak tanah di bahagian depan rumah, kami perlu membuat jalan dalam secepat mungkin. Apabila hujan lebat bahagian depan rumah kami menjadi begitu lecak dengan tanah merah.  Kami bersetuju untuk membina satu  driveway di dalam kawasan rumah .
    Pada masa ini kami hanya nak memikirkan cara-cara untuk menjimatkan kos.  Kami ada 2 pilihan.  Kami boleh buat driveway yang ada tile atau  yang menggunakan batu bata.   Selepas melihat you tube cara2 membina driveway menggunakan batu bata dan tile, kami pun bersetuju untuk membina dengan batu bata sahaja.  Kami dapat menjimatkan belanja dengan membina driveway batu bata berwarna kalau dibandingkan dengan tile.  Proses untuk membuat driveway bertile lebih tinggi kosnya dan memerlukan simen, batu dan besi.   Berlainan dengan batu bata, kami hanya perlu menyediakan pasir halus, beberapa ratus batu bata dan sekampit simen.  Kalau nak tahu cara binaanya bolehlah lihat di you tube.   Disebabkan kami hendak menjimatkan kos kami buat laluan jalan dalam setakat yang kami mampu sahaja.  Kalau ada duit lagi kami akan besarkan laluan tersebut.  Inshaallah.  Lihat gambar2 ini ...

Monday, October 21, 2013

Tembok rumah

 Sekarang ni saya nak bercerita mengenai tembok rumah kami.  Mula-mula tu ingat nak buat tembok dengan besi, tapi bila filirkan kos, kami akur untuk buat tembok batu aje.  Memanglah banyak batu dan simen  yang digunakan tetapi lebih murah kalau dibandingkan dengan batu bersama besi.  Tapi kalau nak buat tembok yang cantik bolehlah kreatif sikit.  Saya mengambil inisiatif untuk membuat jalur-jalur panjang dan pendek dan juga membuat tiang2 seperti nak letak pasu.  Untuk lebih menarik lagi saya dan suami pergi ke tempat membuat tiang dan batu plaster di Meru, Kelang.  Harganya agak murah pada masa itu.  Satu batu berharga RM 60.00.   Sekarang harganya dah melambung naik.  Kami beli 3 batu plaster yang bermotifkan bunga.  Kalau ada duit lebih, boleh gunakan batu yang lebih cantik seperti motif bali dan sebagainya.Pada kami kesenian tu perlu ada walaupun harganya murah.  Tembok kami tu telah menjadi ikutan untuk mak saya sendiri.  Rumah beliau juga mempunyai corak batu plaster yang sama.
 

Selepas batu plaster diletakkan

Sebelum dicat
Selepas dicat


 

Sebelum batu plaster diletakkan





Wednesday, October 16, 2013

Selamat Hari Raya Qurban ...

    
      Salam semua,   dah  lama tak menulis dalam blog ni ... ini gara2 sibuk memasak sempena raya dan kerana melayan anak-anak.  Ini merupakan sambutan raya qurban yang pertama buat kami sekeluarga di rumah baru ini.  Excited sangat.  Bukan senang nak dapat berkumpul beramai-ramai macam ini... Antara aktiviti yang dapat dilakukan di teratak ni seperti memasak rendang, mengukus pulut dan memasak spaghetti.  Pada waktu petang pula suami sibuk menanam pokok bunga kertas, pokok mangga, rambutan dan daun kari ... Kami suami isteri memang suka menghabiskan masa bersama dengan menanam dan mencantas pokok-pokok.  Kalau tak tengok pokok dalam sehari rasa serba tak kena.  Saya suka mencantas dan suami pula suka menanam.  Tangannya sejuk sebab apa saja yang ditanam inshaallah akan hidup... Lihatlah gambar2 ni...
Pulut
Nasi impit
 

rendang



Kuah spaghetti
Juadah Hari Raya Qurban

 
 
 
 
Rambutan merah
Bunga Dulang
Mangga
                             


Pokok jambu air
Bunga Sepit udang
 

 

Thursday, October 10, 2013

Tambak tanah

     Semasa proses dalam rumah sedang berlangsung, kita perlu juga mengambil kira kawasan di luar rumah.  Untuk mencantikkan kawasan luar kami terpaksa memesan lori tanah untuk membawa tanah ke rumah kami.  Kami ingatkan 2 kali dah cukup, rupa2nya kami terpaksa memesan satu lori lagi.  Ini pun sebenarnya masih belum cukup lagi.  Disebabkan cash flow dah berkurangan kami terpaksa akur dengan 3 lori sahaja.  Kawasan belakang rumah juga memerlukan tanah juga tapi kami cari jalan lain.  Kami suruh Wak yang setia bekerja dgn kami tu untuk meratakan bukit kecil dibelakang rumah kami tu.  Selepas diratakan bukit tu nampak cantik sikit.  Tapi suami masih berkata yang tanah selori masih diperlukan untuk mencantikkan lagi kawasan dibelakang rumah.  Pening kepala apabila difikirkan pasal tanah.  Tengok jelah gambar2 di bawah ni...


 

Tepi rumah yang masih memerlukan tanah

Wednesday, October 9, 2013

Bilik Air

     Memandangkan banglo ni besar mestilah bilik air pun banyak.  Tapi taklah sebanyak bilik air di rumah jiran sebelah.  Katanya bilik tidurnya ada tujuh sebab tu kena ada tujuh bilik air.  Rumah ni ala kadar je... Bilik air tamu ada sebuah, terletak di bahagian bawah.  Bilik air di atas pula ada tiga.  Sebuah di bilik master, sebuah lagi di bilik anak sulung dan satu lagi di luar bilik anak kedua dan ketiga.  Jangan buat banyak2 nanti tiada siapa nak mencucinya pula.  Nasib baik anak2 dah besar, bolehlah melatih dan mengajar mereka membersih bilik air sendiri.  Bukannya apa, kalau tak ajar nanti mereka harapkan kita je yang buat sampai tua.  Saya ni terus teranglah ya.  Saya tak ada pembantu rumah dan mmg tak percayakan pembantu rumah.  Dari muda sampai ke usia senja mmg tak pernah menggunakan khidmat pembantu.  Selagi tulang empat kerat ni masih terdaya selagi itulah saya dan suami akan buat sendiri.  Bilik air pun semasa nak menghiasnya pecah kepala juga nak buat design yang sesuai.  Pada masa tu banyak sangat design di kepala tapi apabila buat budget kenalah potong banyak ideae yang mengarut tu.  So secara asasnya kami guna skima warna yang sesuai.  Bilik tidur master warna hijau, so kami guna tema hijau untuk bilik air.
Pembaca bolehlah lihat sendiri gambar2 di bawah ni.
Bilik air anak ke 2 & ke 3
Bilik air anak sulung


 

 
Bilik air tamu
Bilik Master






 
 

Friday, September 27, 2013

Rumahku

Rumahku

     Rumah ini terbina dengan idea dari arwah abahku dan bantuan lukisan dari arwah sepupuku.  Tanpa idea mereka mungkin kami berdua tak dapat melihat  hasilnya.   Pada tahun 2013 ini kami sekeluarga akhirnya dapat menyambut hari jadi anak ke 4, berpuasa dan berhari raya di rumah kami sendiri.  Bayangkan kami terpaksa menyewa beberapa buah rumah sebelum kami dapat mengecapi kenikmatan ini.  Sebelum kami berpindah ke Selangor kami pernah tinggal di Kulim, Kedah selama setahun.  Waktu itu kami baru mendirikan rumah tangga.  Saya masih ingat rumah sewa saya yang pertama di Kelana Jaya,  2 tahun kami menyewa di situ.  Kemudian di Banting , Selangor, 7 tahun kami tinggal di situ sehinggalah kami sekeluarga berpindah ke Klang.  Di Klang kami menyewa lagi!  Di  sini kami menyewa paling lama iaitu 10 tahun.  Bayangkan tuan rumah sampai boleh selesai membayar hutang rumahnya.  Beliau telah menawarkan kami untuk membeli rumahnya tetapi kami dengan sopan telah menolak permintaannya.  Apakan daya pada waktu itu kami rasa teramat malu kerana tidak mampu menyiapkan rumah sehingga tuan rumah kami anggap kami sebagai penyewa yang suka berangan kosong sahaja.  Kami hanya mampu mempertahankan ayat kami dengan berkata " Pembinaan rumah kami masih berada dalam proses".  Kadang2 tu kami terpaksa memberi peratus persiapan rumah kami tu apabila disoal oleh saudara mara, tuan rumah dan rakan-rakan sekerja.  Memang benar sekali pepatah yang berbunyi " Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul".
Dalam proses


 
Verandah telah ditambah

 
 
 

Selamat Datang Ke Teratakku

Assalamualaikum pembaca semua,
     Saya rasa sungguh gembira kerana hari ini saya belajar membuat blog saya yang pertama. Cik gu yang mengajar ni kawan baik saya, namanya Syamputra Razali. Tujuan saya menulis blog ni kerana ingin berkongsi cerita mengenai rumah baru saya.  Sebelum menduduki rumah ini  banyak masalah yg saya hadapi dan tempuhi.  Setiap langkah ke arah pembinaan rumah terdapat seribu satu macam masalah yang saya dan suami sy terpaksa tempuhi

 
Gambar2 rumah semasa di dalam proses pembinaan ... 
 
Tangga
Pintu utama dan pintu belakang
  

     Gambar di atas menunjukkan rumah kami semasa masih dalam proses.  Semasa rumah ini dibina kami telah siap memasang tingkap dan wiring.  Disebabkan duit yg tidak mencukupi kami tidak dapat menyediakan pintu pagar dengan cepat.  Pada suatu hari tanpa kami duga beberapa orang telah mencuri kesemua wiring, frame tingkap dan cermin.   Hati siapa yang tak remuk  apabila melihat rumahnya rosak semula.  Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya hati ku ketika itu.
     Siling rumahku tlah musnah akibat keganasan dan kerakusan pencuri2 tu mencuri wayar. Frame tingkap besi yang cantik habis direntap oleh pencuri2 yg tidak berperikemanusiaan ini.  Musnah berkecai hati ku semasa melihat semua ini.  Walau bagaimana pun saya kuatkan semangat dan menanam azam bersama suami untuk menjadikan mimpi ngeri ini suatu yang realiti.







Frame tingkap yang telah dicuri