Menanam rumput memang seronok. Bagaimana pun lain sikit dengan keadaan rumah kami ni. Seandainya kami mempunyai banyak wang ringgit kami boleh sahaja membuat bumbung di belakang rumah seperti jiran kami. Kami tak mampu, sebab tulah kami terpaksa menanam rumput disekeliling rumah kami. Kami pernah didatangi oleh beberapa org yang mengakui pakar dalam menanam rumput dan membuat landskap. Sekurang2nya dah 3 kali orang datang tetapi kami terpaksa menolak. Akhirnya kami telah mendapat idea untuk menanam rumput sendiri. Disebabkan keadaan rumah terlalu luas maka kami tidak mampu untuk membeli rumput dari Sg. Buloh. Kami hanya mengambil rumput2 karpet yang terdapat di kaki lima kawasan rumah dan menanamnya semula di dalam rumah. Kami lakukannya secara berperingkat-peringkat. Atas usaha kami berdua, akhirnya kami berjaya juga mempunyai kawasan rumput yang luas. Jangan lupa untuk menyiram dan menabur Baja supaya rumput dapat hidup dengan subur. Sampai saat ini kami masih mengusahakan kawasan yang lapang kami. Gambar rumput belum ada banyak lagi tapi bolehlah share yang ada ni...
Rumput yg baru tumbuh |
No comments:
Post a Comment