Salam semua, dah lama tak menulis dalam blog ni ... ini gara2 sibuk memasak sempena raya dan kerana melayan anak-anak. Ini merupakan sambutan raya qurban yang pertama buat kami sekeluarga di rumah baru ini. Excited sangat. Bukan senang nak dapat berkumpul beramai-ramai macam ini... Antara aktiviti yang dapat dilakukan di teratak ni seperti memasak rendang, mengukus pulut dan memasak spaghetti. Pada waktu petang pula suami sibuk menanam pokok bunga kertas, pokok mangga, rambutan dan daun kari ... Kami suami isteri memang suka menghabiskan masa bersama dengan menanam dan mencantas pokok-pokok. Kalau tak tengok pokok dalam sehari rasa serba tak kena. Saya suka mencantas dan suami pula suka menanam. Tangannya sejuk sebab apa saja yang ditanam inshaallah akan hidup... Lihatlah gambar2 ni...
Pulut |
Nasi impit |
No comments:
Post a Comment