AD

Sejarah

     Saya mengaku tidak begitu meminati subjek sejarah semasa di bangku sekolah, tetapi disebabkan ingin berkongsi cerita mengenai terbinanya rumah/teratak ini maka saya terpaksalah menceritakan sejarah terbinanya mahligai ini.  Pembinaan rumah ini bermula pada tahun 2005.  Ketika itu saya sedang mengandungkan anak yang ke 4.  Setelah selesai proses paper work yang mengambil masa satu setengah tahun  maka barulah kerja2 pembinaan rumah ini dapat dijalankan.   Punyalah lama nak dapat kelulusan pinjaman dari pihak kerajaan.  Kami terpaksa bersabar.  Seandainya saya dan suami membuat pinjaman bank memanglah mudah tetapi menanggung pula membayar bunga yang tinggi.
    Setelah mendapat kelulusan kewangan kami pun dapatlah memulakan pembinaan rumah ini.  Tetapi kami tak dapat memegang wang tersebut.  Duit itu terus masuk ke akaun kontraktor.  Di sinilah berlakunya kesilapannya sebab tiada pemantauan dibuat dari pihak yang memberi pinjaman.  Kami pun ketika itu masih kurang arif tentang pembinaan rumah sendiri .  Ketika itu kami tiada siapa untuk dirujuk.  Ramai kawan dan saudara mara yang hanya membeli rumah dari pihak  pemaju.  Kontraktor yang kami lantik tu bukanlah orang yang kami betul2 kenal. Kami dapat namanya pun dari rakan sekelas suami.  Atas nasihat beliau kami pun telah melantik beliau.  Kalau kami tahu dari awal lagi dah lama kami pancung nama dia .  Situasinya amat berlainan sekali.  Sayang sekali kami telah ditipu oleh kontraktor yang pertama.  Habis duit kami sebanyal RM50,000.00.  Alasannya dia sakit akibat buatan orang, dia tidak dapat teruskan projek rumah kami oleh itu dia serahkan duit itu ke kawannya untuk siapkan rumah kami.  Rumah!  bayang rumah pun tak ada... yang ada hanya tiang konkrit sebanyak 3 batang saja.  Kami suami isteri pergi ke rumah kontraktor tu dan minta wang kami dikembalikan.  Nak pulangkan wang... aduh keluar air mata darah pun kami tak dapat.  Semuanya tergendala sehinggalah saya selamat melahirkan anak yang ke 4 ni.  Lebih kurang setahunlah kami tak melihat tapak tanah kami tu.  Kami kecewa sekali dengan sikap kontraktor kami tu yang tidak tahu kerja halal atau haram. 
     Selepas peristiwa yang pahit itu kami hubungi semula rakan sekelas suami dan mengadu kepada beliau mengenai sikap kontraktor yang pertama itu.  Apa nak buat, nasi sudah menjadi bubur.  Duit habis dan projek terbengkalai.  Dengan lebihan wang pinjaman yang kami pun tak dapat pegang tu kawan suami pun menyambung semula projek pembinaan rumah kami.  Di masa yang sama saya juga terpaksa mencurahkan duit simpanan sendiri untuk menyiapkan rumah tersebut.  Tuhan saja yang memahami macam mana susahnya kami ketika itu.  Dengan duit lebihan tu kami siapkan juga tembok dan rumah tersebut.  Kami pasang frame tingkap dan buat wiring sekali atas nasihat kontraktor yang kedua ni... Kami ketika tu memang tidak mempunyai banyak simpanan sebab anak2 masih bersekolah menengah dan rendah.  Rumah kami siap dibina lebih kurang dalam masa setahun lebih.
      Kesilapan kami  ketika itu ialah kami tidak menyediakan pintu pagar secepat mungkin.  Tahu-tahu je suami kata rumah kami dah dimasuk orang.  Habis plaster siling kami dirobek.  Wayar-wayar habis dicabut oleh penyangak2. Rumah kami kelihatan seperti gudang yang usang.  Tuhan saja yang tahu betapa remuknya hati kecil ini ketika melihat keadaan rumah kami.  Tak lama selepas kejadian tu kami pun telah menempah gate besi untuk melindungi satu2nya harta kami.  Rumah kami dah siap dipasang tile tetapi masih banyak lagi finishing yang perlu dibuat di bahagian dalam rumah.  Duit pula dah habis.  So secara keseluruhannya rumah kami siap dibina lebih kurang dalam masa 2 tahun.
     Bingung dan rasa gelisah kadang kala bila memikirkan duit masih belum cukup untuk menyiapkan rumah kami.  Kami mengambil masa yang lama juga untuk menyambung semula kerja2 dalaman rumah ini.  Kontraktor yang baru perlu dicari semula.  Yang lama dah tamat kontrak.   Jadi macam mana ni.  Duit pinjaman telah habis.  Selepas 2 tahun tempoh pinjaman duit gaji kami berdua dah mula ditolak untuk bayaran rumah.  Waktu itu kami masih belum dapat duduk dirumah kami lagi.. Siksanya rasa.  Rumah sewa kena bayar dan pinjaman rumah pun kena bayar.  Tak kira lagi dengan cukai tanah dan cukai pintu yang kami kena bayar setiap tahun.   Duit! Duit! Duit!. Mana nak cari duit?   Hendak dan tak nak saya kena buat pinjaman yang kedua.  Disebabkan faktor usia, saya hanya dapat membuat pinjaman yang sedikit.  Tetapi seperti pepatah Inggeris menyebut:"It is better than nothing" .    Selepas lama menanti kelulusan pinjaman akhirnya lulus juga permohonan kami.  This is the turning point of our fate.  Nasib kami bersama2 dengan rumah ni telah berubah.  Dengan pinjaman kedua ini kami dapat meneruskan kembali proses pembinaan mahligai impian kami ini.  Proses pinjaman bermula pada bulan 12, 2012 dan rumah kami hanya dapat dimulakan pada pertengahan bulan 3, 2013.  Dari tahun inilah semua kerja2 dalaman dapat dilaksanakaan.   Waktu ini kami masih perlu memasang semula wire, baiki plaster siling, memasang tingkap dan frame, memasang board atap, dan memasang finishing di dalam rumah.  Nasib menyebelahi kami kerana suami masih menyimpan nombor telepon  seorang buruh kasar yang bernama Wak Sahlan (orang Indon).
     Beliau merupakan buruh kasar yang setia dengan pembinaan rumah kami.  Sejak dari awal pembinaan rumah ini beliau telah melibatkan dirinya.  Jadi secara tidak langsung wak ini pun ada perasaan kesian kepada kami dan dia juga hendak melihat kami siapkan rumah  dan tinggal di situ.  Dengan bantuan beliau kami akhirnya dapat juga menyambung kerja-kerja pemulihan rumah kami semula. 
     Ingat tak kisah plaster siling yang dah robek  dan wiring serta frame yang telah hilang tu...?  Well, kami bernasib baik kerana telah dapat berjumpa dengan seorang adik wire man yang sangat baik dan dedicated di dalam membuat kerja yang diminatinya.  Namanya Syed Fadhil.  Dia telah membuat semula wiring di dalam rumah kami dan kos pemasangan semula pula lebih lagi daripada asal.  Itulah yang sedih tu, duit habis ke situ.  Tapi kalau tak buat macam mana nak pasang lampu.  Adik elektrik man ni sangat berterus terang kepada kami. Dia buat kerja kat rumah kami seolah2 rumah tu dia yang punya.  Kami inform dia kami nak cantik tetapi dengan kos yang rendah.  Nasib baik dia pun faham  maksud kami.  Dia bukan sahaja memasang wire, dia juga telah membersihkan tangki air rumah yang penuh dengan najis dan bangkai burung merpati serta memasang wire/ pagar halus di bawah atap untuk mengelakkan burung2 merpati membuat sarang.  Sebenarnya rumah kami ni dah jadi rumah burung yang terbesar di kawasan itu.  Jadi bayangkanlah anak2 burung yang telah lahir dan keluar masuk dari rumah kami itu.  Kadang2 tu ada juga anak burung yang terperangkap di dalam atap kami.  Nasib baik wak tu dapat panjat dan keluarkan anak2 burung tersebut.
       Bermula dari situ, hari demi hari rumah kami mula berubah  wajah .   Semasa wiring dijalankan di keseluruhan rumah kami terpaksa berjumpa dengan Cina frame dan tingkap pula... Namanya Abi ...setelah setuju dengan harga kami pun order.  Bila dah selesai dengan frame kami perlu fikir pasal keselamatan pula.  Kami pun contact Cina grill.   Namanya saya tak ingat...   Bila rumah dah ada grill, rasa selamat sikit.
     Si Syed Fadhil tu bukan sahaja pandai buat wiring, dia pun pandai mengecat rumah bahagian dalam.  Saya dan suami belikan cat untuk bilik dan pintu kayu.  Kami hanya perlu beritahu cat2 tu untuk bilik  yang mana.  Bila kami pulang dari kerja sahaja kami akan pergi ke rumah pada waktu malam untuk melihat hasilnya.  Setiap hari mesti ada sesuatu yang baru berlaku.  Sungguh teruja melihat rumah kami semakin hampir ke garisan penamat. 
     Memandangkan bahagian luar rumah juga perlu dicat kami pun berbincang dengan Wak dan meminta tolong beliau untuk mengecat rumah kami di bahagian luar pula.  Tak sahlah kalau bahagian luar tak dicat dengan kemas.  Atas usaha gigih Wak dan anak lelakinya rumah kami dapat dicat dengaan sempurna sekali.  Dia mengambil masa selama seminggu untuk mengecat rumah kami.   Cat bahagian tembok pula telah dibuat kami sekeluarga.  Dengan bantuan suami, dan 3 orang anak yang dedikasi kami pun dapat menyiapkan cat tembok sebelum sambutan hari raya aidil adha pada tahun ini.  Puas mata melihat hasil kerja sendiri.  Kami terpaksa membeli 3 tong besar warna coklat dan 1 tin besar warna crème. 
    Jadi kalau nak dikira2kan.  Tempoh untuk kami sekeluarga dapat menetap di rumah ini dengan rasa selesa adalah lebih kurang  10 tahun.  Panjang sejarahnya... boleh dibuat buku novel berkulit nipis gitu.  Rumah kami masih berada di peringkat transformasi lagi ...  masih ada banyak lagi  pembaharuan yang boleh kami lakukan. Nanti saya akan ceritakan satu persatu di post yang akan datang ...
    

No comments:

Post a Comment