AD

Friday, September 27, 2013

Rumahku

Rumahku

     Rumah ini terbina dengan idea dari arwah abahku dan bantuan lukisan dari arwah sepupuku.  Tanpa idea mereka mungkin kami berdua tak dapat melihat  hasilnya.   Pada tahun 2013 ini kami sekeluarga akhirnya dapat menyambut hari jadi anak ke 4, berpuasa dan berhari raya di rumah kami sendiri.  Bayangkan kami terpaksa menyewa beberapa buah rumah sebelum kami dapat mengecapi kenikmatan ini.  Sebelum kami berpindah ke Selangor kami pernah tinggal di Kulim, Kedah selama setahun.  Waktu itu kami baru mendirikan rumah tangga.  Saya masih ingat rumah sewa saya yang pertama di Kelana Jaya,  2 tahun kami menyewa di situ.  Kemudian di Banting , Selangor, 7 tahun kami tinggal di situ sehinggalah kami sekeluarga berpindah ke Klang.  Di Klang kami menyewa lagi!  Di  sini kami menyewa paling lama iaitu 10 tahun.  Bayangkan tuan rumah sampai boleh selesai membayar hutang rumahnya.  Beliau telah menawarkan kami untuk membeli rumahnya tetapi kami dengan sopan telah menolak permintaannya.  Apakan daya pada waktu itu kami rasa teramat malu kerana tidak mampu menyiapkan rumah sehingga tuan rumah kami anggap kami sebagai penyewa yang suka berangan kosong sahaja.  Kami hanya mampu mempertahankan ayat kami dengan berkata " Pembinaan rumah kami masih berada dalam proses".  Kadang2 tu kami terpaksa memberi peratus persiapan rumah kami tu apabila disoal oleh saudara mara, tuan rumah dan rakan-rakan sekerja.  Memang benar sekali pepatah yang berbunyi " Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul".
Dalam proses


 
Verandah telah ditambah

 
 
 

No comments:

Post a Comment