Memandangkan banglo ni besar mestilah bilik air pun banyak. Tapi taklah sebanyak bilik air di rumah jiran sebelah. Katanya bilik tidurnya ada tujuh sebab tu kena ada tujuh bilik air. Rumah ni ala kadar je... Bilik air tamu ada sebuah, terletak di bahagian bawah. Bilik air di atas pula ada tiga. Sebuah di bilik master, sebuah lagi di bilik anak sulung dan satu lagi di luar bilik anak kedua dan ketiga. Jangan buat banyak2 nanti tiada siapa nak mencucinya pula. Nasib baik anak2 dah besar, bolehlah melatih dan mengajar mereka membersih bilik air sendiri. Bukannya apa, kalau tak ajar nanti mereka harapkan kita je yang buat sampai tua. Saya ni terus teranglah ya. Saya tak ada pembantu rumah dan mmg tak percayakan pembantu rumah. Dari muda sampai ke usia senja mmg tak pernah menggunakan khidmat pembantu. Selagi tulang empat kerat ni masih terdaya selagi itulah saya dan suami akan buat sendiri. Bilik air pun semasa nak menghiasnya pecah kepala juga nak buat design yang sesuai. Pada masa tu banyak sangat design di kepala tapi apabila buat budget kenalah potong banyak ideae yang mengarut tu. So secara asasnya kami guna skima warna yang sesuai. Bilik tidur master warna hijau, so kami guna tema hijau untuk bilik air.
Pembaca bolehlah lihat sendiri gambar2 di bawah ni.
|
Bilik air anak ke 2 & ke 3 |
|
Bilik air anak sulung
|
|
Bilik air tamu |
|
Bilik Master
|
menarik.. boleh jadikan sumber inspirasi untuk memiliki kediaman sendiri bagaikan mahligai impian..
ReplyDeleteTerima kasih kerana sempat singgah dan membaca blog yang tak seberapa ni ...
ReplyDelete