Setelah menambak tanah di bahagian depan rumah, kami perlu membuat jalan dalam secepat mungkin. Apabila hujan lebat bahagian depan rumah kami menjadi begitu lecak dengan tanah merah. Kami bersetuju untuk membina satu driveway di dalam kawasan rumah .
Pada masa ini kami hanya nak memikirkan cara-cara untuk menjimatkan kos. Kami ada 2 pilihan. Kami boleh buat driveway yang ada tile atau yang menggunakan batu bata. Selepas melihat you tube cara2 membina driveway menggunakan batu bata dan tile, kami pun bersetuju untuk membina dengan batu bata sahaja. Kami dapat menjimatkan belanja dengan membina driveway batu bata berwarna kalau dibandingkan dengan tile. Proses untuk membuat driveway bertile lebih tinggi kosnya dan memerlukan simen, batu dan besi. Berlainan dengan batu bata, kami hanya perlu menyediakan pasir halus, beberapa ratus batu bata dan sekampit simen. Kalau nak tahu cara binaanya bolehlah lihat di you tube. Disebabkan kami hendak menjimatkan kos kami buat laluan jalan dalam setakat yang kami mampu sahaja. Kalau ada duit lagi kami akan besarkan laluan tersebut. Inshaallah. Lihat gambar2 ini ...

No comments:
Post a Comment