AD

Warna Rumah

     Pilihan warna rumah yang sesuai adalah amat sukar.  Mula-mula tu saya dan suami  merasa bingung juga untuk memilih warna yang sesuai .  Makin lama kami fikir, makin keliru rasanya.  Akhirnya selepas saya melihat dalam beberapa majalah dalam negeri dan internet kami telah sepakat untuk memilih warna rumah berpandukan kepada  warna bumbung kami.  Warna bumbung kami seakan terracotta, oleh itu kami memilih cat dari jenama colourland dan nama catnya Sunset.  Warna rumah kami amat sesuai dengan nama cat itu kerana  matahari jatuh pada waktu petang amat cantik sekali di rumah baru kami ini.



    Jadi sebagai penghuni rumah baru bolehlah gunakan tip yang saya guna ini sebagai panduan.  Warna rumah dari colourland ini ada jaminan tahan warna selama 6 tahun.  Warnanya tidak mudah luntur dan ia mudah dicuci sekiranya ada kesan tanah, pasir dan tahi cicak.  Cicak di kawasan ni macam parasit.  Waktu siang memang susah nak Nampak.  Tapi bila malam menjelma, bila pasang lampu porch je mulalah ia keluar.  Dari mana pun tak tahu.








Cat asal ... sebelum dapat rupa baru








Warna Sunset yang baru ...




     Untuk menampakkan efek yang lebih menonjol, saya dan suami telah cuba menggunakan warna yang berlainan untuk verandah dan tiang porch kereta.  Kami hendakkan kelainan , tetapi pada masa yang sama kami nak menjimatkan duit juga.  So apa lagi memandangkan cat berlebihan banyak hasil dari mengecat bilik jadi kami pun berbincang dengan tukang cat kami yang setia .  Selepas beberapa eksperimen mencuba perbagai warna akhirnya kami Berjaya mendapat warna yang kami idamkan.  Hasilnya wallah! cantik sekali.  Lihat gambar di bawah.




warna baru verandah


Warna Tiang porch & pintu depan






 
 

1 comment:

  1. Warna rumah yang memiliki paduan yang "matching" akan memberikan efek indah dan juga sejuk. tergantung warna yang kita pilih, Thanks sebelumnya atas sharing Tren warna rumah 2015

    ReplyDelete