AD

Thursday, June 16, 2016

Broken mosaic tiles

Assalamualaikum semua pembaca,
     Harap maaf kerana dah lama saya tak dapat mengisi blog saya dengan cerita2 mengenai rumah.  Yang paling terkini  baru-baru ni rumah kami telah ada facelift sikit.  Bahagian tepi longkang yang tidak sekata telah dapat dibaiki  supaya air tidak lagi bertakung  apabila hujan turun.  Disamping itu tempat duduk di luar tembok telah kami hiasi dengan pecahan tile yang berbentuk mosaic.  Mula2 wak yang bekerja dengan kami tu hanya menampal tile2 lebihan yang ada dengan cara biasa saja.  Bila balik kerja saya tidak berpuas hati.  Selepas membuat sedikit rujukan di internet saya telah dapat idea untuk memecahkan tile tersebut dan pecahan tile tersebut boleh dibuat seperti susunan mosaic.  Idea saya ini disambut baik oleh suami dan anak2.  So sekiranya anda di luar sana ada lebihan tile jangan sesekali membuangnya kerana tile tersebut boleh di kitar semula.  Hasilnya amat cantik sekali.  Apabila suami saya menunjuk hasil carian kami kepada wak yang telah lama mengenali kami, beliau terus memulakan projek tersebut dengan tekunnnya.  Beliau lagi kreatif.  Lihatlah hasilnya di gambar2 tersebut:


            
                                                     
                                                                                                      
Tile lama diguna semula. Cantikkan!